Isnin, 6 Februari 2012

bila orang ceramah aku nak ceramah jugak~ lalalalalala

bismillahirrahmanirrahim~
assalamualaikum!!! dan salam 1 MALAYSIA~ *mood terlebih patriotik malam nih*

sudah lama patik tidak berkunjung di sini~
yaa...memang sudah lama~ semakin riang ria nampaknya segala kulat-mulat dan sarang labah-labah di sini~
*lari laju-laju pergi dapur ambik ridsect...+muka jahat* shoooosssssshhhhhh......hamek ko! *imaginasi berlebihan melanda diri~ ehek!

ok~ cuba jadi serius pula, *sambil buat muka paling serius di alam fatamorgana ini~kening berlanggar, idong kembang, mulut muncung~ok sila imagine muka comel i! awww....

ohh ohh..hari tu..aku pergi ceramah Dato Dr.Hj Mohd Fadzilah Kamsah dekat Mukah, sempena sambutan maulidur rasul~...yang pergi? aku,mak aku, kazen-kazenku yang comel, adik, mak ngah n pak ngah, so 2 buah kereta~ sangat bersemangat aku sepanjang perjalanan, sebab Dato Fadzilah Kamsah antara individu yang termasuk dalam WANTED LIST aku~ahax!! bukan nak pukoi ka,,,tibai ka apa~

berjumpa dengan beliau adalah impian aku selama nih~ so, bila ada peluang depan mata~ kebass daaa!!! 
eheeheh...

sekali datanggg..penuhhhh daaa...agak frust..tapi cekalkan hati,cekalkan kaki~ ok 2 jam setengah aku n famili tegak jek berdiri...langsung tak menyesal!  sebab input yang aku dapat sangat-sangat menusuk dalam kepala otak aku yang susah nak dengar cakap orang nih~yang bestnya jugak, ceramah beliau LANGSUNG TAK BORING~ boleh gelak guling-guling lagi kalau tak malu~ehek~ so aku nak kongsi la antara info2 yang aku dapat : tajuk utama ceramah aku tak hengat tapi yang penting lebih fokus kepada kekeluargaan~




1--sebelum masuk rumah, depan pintu: baca bismillahirrahmanirrahim 3 kali~ masuk kaki kanan dan bagi salam...dan?senyummmmmm....sebab apa kena buat semua nih...sebab seekor syaitan dah memang standby depan pintu tu, nak masuk sekali dengan kita...siap aku ingat lagi nama syaitan tu~ Dasim..(kalau tak silap telinga aku la) so, sesiapa yang tak buat, korang sah2 la ajak sekali si dasim tu masuk rumah... dasim tu la antara punca huru hara dan kekacauan (cth: marah, bergaduh) dalam rumah~ so, sila jangan bagi dasim masuk~

2--anak-anak yang nakal semasa kecilnya adalah anak-anak yang bijaksana semasa dewasanya?sebab apa? sebab orang yang pandai nih takkan duduk diam...*statement nih paling aku suka sebab baru aku tau bahawa kenakalan kanak-kanak itu bukanlah nakal semata-semata, tapi dorang tengah praktik dan belajar sesuatu~

3--haramkan perkataan yang tak baik dalam rumah~ (cth; jahat, bodoh, nakal, pengotor,pemalas, paloi, cilakak, n banyakkk lagi..aie?takkan tak tau pulak kannn..) sebab kata-kata itu satu doa, so bila ada antara kita sering menggunakan kata-kata yang tak baik ini terhadap ahli keluarga, secara automatiknya benda tu akan mempengaruhi psikologi ahli keluarga, so, kalau nak nasihatkan ahli keluarga, guna cara yang lebih positif..cth: "adik kan pandai, kenapa nak buat macam tu.." *buat muka manja.ok.ni aku punya stail.ehek

4--punca utama adanya perangai-perangai kurang elok, degil, nakal, tak mendengar kata, jahat, seseorang adalah berada di luar pada waktu MAGHRIB~ waktu MAghrib sila TUTUP tingkap, pintu dan TV~ time maghrib nih la waktu syaitan-syaitan paling aktif..*syaitan pun ada etika tau nak masuk rumah orang*~ so bila seseorang tu kerap berada di luar pada waktu maghrib, dah sah-sah la syaitan bertenggek ikut orang tu secara beramai-ramai~ so, laksanakan maghrib dulu, dah tu nak keluar gi mana pun,..pergi la~

sebenarnya banyakkkk lagi...tapi meleret la pulak entri aku kali nih kan~ so nanti aku sambung lagi la..*ceh macam la ramai sgt nak singgah blog usang aku nih..ahahah!* 

so..sama-sama berkongsi la katakan~ ehek~



sekali lagi aku berjaya 'menyumbangkan' lagu febret aku~ hahahahah... sila jangan view..~ kekeke
song by: T-Ara and davichi~ "we were in love"





Tiada ulasan:

Catat Ulasan