Rabu, 2 Mei 2012

jadual STRESS saya :hamek ko!

bismillahirrahmanirrahim~

assalamualaikum!
wahh... rindunya kat kamu.. a ah..kamu. tengok sape? memang kamu.. iyee..kamu la! awww... bajet comel comel manja lak kan~ ehek

beberapa bulan lepas  aku sungguh sibuk. betol. serius sibuk. sibuk berangan, baham daging2 bakar kat seoul garden, sibuk tidur,  sibuk melalak dalam bilik, sibuk karaoke kat mid valley..pehh..serius! padat sentiasa jadual aku ngan aktiviti yang berPEKDAH sangattt....

sekarang padan muka aku! Tesis menghantui siang malam, gelap,terang, makan, minum aku..segala-galanya aku nampak seperti barisan esei yang melayang-layang terbang di depan mata! pehh..teruk dah aku nih!

dan dan.. nak cite nih.. aku stress hampir seminggu. muka ketat mintak penyepak jek. dalam bilik, kat kelas, aku rasa macam nak baham sorang-sorang. ok, tu time aku stress. aku tak pernah rasa macam tu! STRESS yang paling teruk pernah aku alami. 

Punca Stress : TAK mampu OLAH AYAT CANTIK-CANTIK untuk tesis. lecturer kata bahasa aku teruk. ehek! 

nih..JADUAL STRESS AKU :
---12 jam  : tido
--- 1/2 jam lepas bangun : muka ketat, minum air tak henti, bercakap pun tak sudi
--- 5 minit kemudian : aku gosip2 kejap ngan rummate.. gelak2.. gelak macam nak kasi satu kolej dengar
--- lepas 5 minit : bila aku ubah posisi jek, (cth: time huha huha ngan rummate duduk atas katil, pastu bangun duduk kat meja) konpem muka ketat balik! tak bercakap! rummate wat kecoh aku buat muka paling ketat lagi nak kasi dorang paham yang aku kembali stress
--- 2 jam : layan running man. konon nak buat diri sendiri gelak.tapi hampeh! gelak jek kuat p tak menusuk ke kalbu. gelak tak ikhlas. kesian HAroro, jaesuk.. sedaya upaya buat aku gelak. erk!
---20 minit makan, masa makan, senyum-senyum boleh lagi. kenyang. senang hati. ubah jek posisi pastu. muka mintak penyepak lagi mai! ok sangat perangai aku kalo aku tengah stress..sila faham!

***************************************************************************
then.. dah hampir seminggu berlalu, aku macam dah tak tentu arah.. one sweet day, macam biasa mak aku call, tak pun kadang aku yang call. dah huha huha ngan mak aku. aku pun rasa macam nak cakap kat mak aku yang aku stress : ini perbualannya 

kitaran stress saya : hamek ko! siap ada kitaran g! 


"mak..kakak stress..tak tau kenapa"
"aiee.. jangan stress..bawak jalan-jalan ke..kenapa stress?"
"ntah la..asyik nak marah jek nih.." sora ketar-ketar... tetiba aku nangis.. tapi nasib baik mak tak dengar
"jangan stress k.. jalan-jalan ke.. tak pun call la orang tersayang~ ahahahaha" Mak aku buat gelak comel beliau.
gulp! mak aku nih memang... suka la tu.. nak soh aku kol bakal menantu pilihan beliau.goshh!! tak akan la kan.. bila mak cakap camtu perasaan jahat aku pun mengata :
"alah mak nih, kol orang tersayang konon, padahal tak bagi pon orang couple"
tapi aku tak cakap la kat mak aku..eheheheh..

so.. after that day.. aku mula rasa ok~ tesis aku pun dah boleh jalan. aku goreng sesedap mee sedap. hee.. kesimpulan  : cara hilangkan stress aku.
1) Call family
 2) nangis..
then aku akan ok~

FAMILY FIRST!!