Ahad, 17 Februari 2013

termakbul 'Patah Seribu'

dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum

Ada masa terluang, rehat sekejap, saraf-saraf otak pun giat bergabung mengerah keringat idea untuk dicetak di sini.

Duri dalam lagu?bukan tajuk lagu, atau bukan tajuk drama yang bakal ditayangkan di slot akasia. Duri merupakan satu objek yang mempunyai permukaan bentuk yang tajam dan lagu merupakan gabungan irama, lirik, melodi dan lagulah. ok, tak payah bajet ulat buku edisi kamus dewan pulak. Itu definisi yang ada dalam kepala aku. jangan guna sebagai panduan, takut sesat jalan.

selalu orang kata kata-kata itu satu doa.memang betul. 'masin mulut kau nok'..Sebab apa masin?sebab kata-kata termakbul.bukan sebab dia telan garam dua tan dalam mulut. perumpamaan orang melayu, memang begitu, pelik tapi menarik. 

Aku memang sangat percaya yang kata-kata itu doa.

'Mak, apak, tahun depan kita beraya kat rumah sendiri la, tak mau dah beraya kat flat, boring, macam keusangan jek. sunyi' ~hari hari aku cakap kitaorang akan dapat buat rumah sendiri,
nah, sekarang rumah sedang dalam proses untuk disiapkan. 

'InsyaAllah mak, dapat jugak kita Alza ni..smart woo'
nah, terpacak alza kat parking lot nuh, alhamdulillah

Allah juga yang berkuasa.janji manusia berusaha.
.
Tapi, ramai yang tak sedar, bahawa lagu juga satu doa. Ya, lagu itu doa, sebab apa?sebab kita guna mulut untuk menyuarakan lagu. automatically, sinonim seperti sedang berkata-kata. tapi kebanyakannya, tak sedar perkara ini juga berpengaruh. ya, sangat memberi kesan wahai tuan-tuan dan puan-puan. Janganlah menyanyi sesedap hati walhal suara tak sesedap nuri. 

bukan tak boleh menyanyi. tapi kalau ulang lagu yang sama hari-hari. boleh bawa naya. masuk toilet lagu robek hatiku, abis mandi, robek hatiku, korek idong sambil tengok tv,masih robek hatiku, drive kereta pergi kedai nak beli jajan, pun robek hatiku. alamatnya,memang akan robek juga hatimu wahai manusia sekalian.
*robek hatiku : penyanyi mas idayu : genre : dangdut

Sebab apa Shilla Amzah putus dengan cinta hati? Patah seribu jawabnya. kesana kemari dengan Patah Seribu, 
'Walau pergi mu tanpa relamu,
namun hatiku tetap berasa, 
kejamnya kau meninggalkan ku dengan nota-nota cinta buat kita berdua'

ya, sebab Cinta hati tak rela pergi. tapi nota-nota cinta yang diberi oleh ND lala dan dibalas oleh cinta hati berikutnya telah menjadikan ianya satu kenyataan yang perit.itulah patah seribu.satu lagu.satu doa. 
aku pun suka jugak lagu tu.

kalau setakat nyanyi pok pek begitu dan ala-ala lupa lirik, masih tidak mengapa,tapi KEKERAPAN itu yang boleh menjadikannya satu doa. takut nanti Patah seribu.
Bila kita kerap menyanyi sesuatu lagu yang sama, faham akan makna, menjiwai setiap bait kata. Dengan izin Allah, akan jadi doa. 
SO, jom la kita chill ulang-ulang lagu yang chill jugak. untuk dia..ehhh!!! untuk diaa..ehhh!!! ehhh..bukan bukan.

lebihkan kata-kata yang positif.seperti juga lagu. kata-kata itu doa.lagu itu juga kata-kata




Sabtu, 16 Februari 2013

gadis TAK LAKU

Dimulakan dengan Bismillahirrahanirrahim.

Assalamualaikum.


Sudah rabak, sudah koyak, sudah usang, sudah lapok, sudah kontang, sudah berkulat, sudah beralga blog ku ini.ok, sudah cukup sudah.

maka, aku isytiharkan ini adalah post pembuka bagi tahun 2013 yang berbisa ini, dalam erti kata lain, sinonim dengan ular la. ehek~

Valentine's day? tahu kan. sila sepak dahi guna buku teks sejarah kalau buat-buat tak tahu apa itu Valentine's day sebelum aku menyampah.eh??emosi terlebih pulak.adeiyy.
Sebelum keluarnya fakta tentang haramnya sambutan hari kekasih mengasih ini, muda mudi dulu kala sangat teruja meraikan hari tersebut. aku pun dulu rasa 14 februari itu adalah suatu hari yang sangat sweet lagi menyuit.eh?
tapi, malangnya, tak pernah pulak berkesempatan meraikan Valentine's day. sebab tahu-tahu jek dah break up.aww..malu~~
sekarang? steady boyfriend?memang tidak ada dalam senarai. bukan jual mahal, bukan juga gadis yang hot. tidak merokok. tidak putih melepak. tidak berkulit licin. status yang paling sesuai untuk gadis di bawah paras hot seperti aku adalah 'tak laku!' tidakkkkkkkkkkkkkkkkk!!! tapi aku syukur, ada mata, boleh melihat. ada telinga boleh mendengar. ada kaki boleh berjalan.

Ya, mungkin jugak TAK LAKU. (sarung kepala dalam bantal, gigit bibir).
Aku? tak pandai mengorat, tak pandai menarik perhatian.serba serbi lah.tak ada daya tarikan.huhu. mungkin sebab aku rasa semua itu tak perlu! yea tak perlu!(sedapkan hati yang luka parah)
kawan lelaki?semestinyaaaaaaaaa..sangatttttt tidak ramai!!! boleh hitung guna jari tangan.jari kaki simpan bawah ketiak. kurang berkawan dengan lelaki sejak aku bergelar mahasiswa.

Sebelumnya, aku seorang yang cool dan sangat chill dengan kawan-kawan lelaki. lain cerita di universiti, mungkin juga fobia, atau mungkin habis tenaga untuk menggatal. eh??
--Seriously, aku sangat tidak mesra pada lain jantina yang tak rapat dengan aku. bukanlah sebab 'macam bagus'. tapi itu aku rasa. biar aku senyap. macam batu. senang. senyum-senyum sudah. bila terjumpa kelompok lain jantina di kaki jalan. aku sanggup U-turn.or guna lencongan lain.biar jauh.biar berpeluh.janji selesa. itu aku. bila ada kelas n kuliah, aku berselipar, tepek bedak sikit, jeans, beg sempang.cukup.biar selekeh. biar sederhana. janji tak jadi perhatian waktu pergi ke bus stop. biar mata manusia sekeliling hanya 3 saat saja melekat untukku.cukup.aku selesa.

Ini mungkin antara sebab aku kurang contact list untuk lain jantina. kurang ber'besties' dengan lain jantina. 
Pernah juga bercinta.tapi kemonyetan. belum lagi berjumpa yang sejati.

jangan pernah malu bila dilabelkan 'gadis tak laku'. Ya, memang pedas dan berapi status itu.malu memang ada, tapi biar kita selitkan dengan perasaan yang lebih positif iaitu, 'Allah sayang kita'
sebab Dia sayang kita, Dia jaga kita dan lindungi kita daripada lelaki-lelaki yang tak sepatutnya. Allah dah sediakan sang Adam yang terbaik untuk kita di penghujungnya. kan orang selalu kata, setiap yang berlaku ada hikmahnya. 

Sebab itu aku tak pernah rasa Allah tak adil.semua gadis ingin dicintai, tapi Dia akan bagi tepat pada masanya.
Dia dah aturkan segalanya, so, aku mungkin tak perlu membuang masa dan berperasaan yang sia-sia untuk lelaki yang bukan jodohku. itu saja. Single itu memang, tapi semestinya belum lagi available.ewah.




apa yang perlu sekarang adalah perbetulkan diri, persiapkan minda, rohanikan hati. eh?ala-ala ceramah gitu. ehek. 

aku sekadar ingin memperingati diri sendiri dan sang hawa di luar sana. Sekian

-Cintailah yang SEPATUTNYA, nescaya kita akan menikmati cinta sejati-