Ahad, 17 Februari 2013

termakbul 'Patah Seribu'

dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum

Ada masa terluang, rehat sekejap, saraf-saraf otak pun giat bergabung mengerah keringat idea untuk dicetak di sini.

Duri dalam lagu?bukan tajuk lagu, atau bukan tajuk drama yang bakal ditayangkan di slot akasia. Duri merupakan satu objek yang mempunyai permukaan bentuk yang tajam dan lagu merupakan gabungan irama, lirik, melodi dan lagulah. ok, tak payah bajet ulat buku edisi kamus dewan pulak. Itu definisi yang ada dalam kepala aku. jangan guna sebagai panduan, takut sesat jalan.

selalu orang kata kata-kata itu satu doa.memang betul. 'masin mulut kau nok'..Sebab apa masin?sebab kata-kata termakbul.bukan sebab dia telan garam dua tan dalam mulut. perumpamaan orang melayu, memang begitu, pelik tapi menarik. 

Aku memang sangat percaya yang kata-kata itu doa.

'Mak, apak, tahun depan kita beraya kat rumah sendiri la, tak mau dah beraya kat flat, boring, macam keusangan jek. sunyi' ~hari hari aku cakap kitaorang akan dapat buat rumah sendiri,
nah, sekarang rumah sedang dalam proses untuk disiapkan. 

'InsyaAllah mak, dapat jugak kita Alza ni..smart woo'
nah, terpacak alza kat parking lot nuh, alhamdulillah

Allah juga yang berkuasa.janji manusia berusaha.
.
Tapi, ramai yang tak sedar, bahawa lagu juga satu doa. Ya, lagu itu doa, sebab apa?sebab kita guna mulut untuk menyuarakan lagu. automatically, sinonim seperti sedang berkata-kata. tapi kebanyakannya, tak sedar perkara ini juga berpengaruh. ya, sangat memberi kesan wahai tuan-tuan dan puan-puan. Janganlah menyanyi sesedap hati walhal suara tak sesedap nuri. 

bukan tak boleh menyanyi. tapi kalau ulang lagu yang sama hari-hari. boleh bawa naya. masuk toilet lagu robek hatiku, abis mandi, robek hatiku, korek idong sambil tengok tv,masih robek hatiku, drive kereta pergi kedai nak beli jajan, pun robek hatiku. alamatnya,memang akan robek juga hatimu wahai manusia sekalian.
*robek hatiku : penyanyi mas idayu : genre : dangdut

Sebab apa Shilla Amzah putus dengan cinta hati? Patah seribu jawabnya. kesana kemari dengan Patah Seribu, 
'Walau pergi mu tanpa relamu,
namun hatiku tetap berasa, 
kejamnya kau meninggalkan ku dengan nota-nota cinta buat kita berdua'

ya, sebab Cinta hati tak rela pergi. tapi nota-nota cinta yang diberi oleh ND lala dan dibalas oleh cinta hati berikutnya telah menjadikan ianya satu kenyataan yang perit.itulah patah seribu.satu lagu.satu doa. 
aku pun suka jugak lagu tu.

kalau setakat nyanyi pok pek begitu dan ala-ala lupa lirik, masih tidak mengapa,tapi KEKERAPAN itu yang boleh menjadikannya satu doa. takut nanti Patah seribu.
Bila kita kerap menyanyi sesuatu lagu yang sama, faham akan makna, menjiwai setiap bait kata. Dengan izin Allah, akan jadi doa. 
SO, jom la kita chill ulang-ulang lagu yang chill jugak. untuk dia..ehhh!!! untuk diaa..ehhh!!! ehhh..bukan bukan.

lebihkan kata-kata yang positif.seperti juga lagu. kata-kata itu doa.lagu itu juga kata-kata




4 ulasan:

  1. kreatif lukisan tu ...nice entri

    BalasPadam
  2. suka tgk lukisan2 ni semua..comel jea

    BalasPadam
  3. comel je yea..

    bila baca pun iya jugak kan.. kena nyanyi lagu bebaik lah

    BalasPadam
  4. hahahah best2...ade selit pemgajatrannya :)

    BalasPadam