Ahad, 15 Januari 2012

bila berdating dengan ABANG stress....

assalamualaikum...!!!


2012 sudahhh...weeee..*mood : ala-ala fireworks pusing kat dataran merdeka gitu*
adakah anda sudah ada azam baru?
jika belum taip ON AZAM hantar ke 32124475599 sampai jari korang lenguh..ehek!


tak payah azam2 sangat la...*muka menyampah mintak kok dahik*
heeee....


ok..pembuka tahun baru aku??? dihidangkan dengan EXAM yang sangattt menyeronokkan hati dan segala usus serta organ dalaman yang masih berfungsi dalam badan aku..*over..pok dahik sendiri!*


ya..sangat seronok...hingga membawa aku berjumpa dengan ABANG STRESS...yang sememangnya hensem lagi bergaya~ kalau berjumpa dengan ABANG STRESS terchenta...perkara paling best nak buat apa????






--- tengok kawan sebelah study lepas tu ambik note yang dia tengah baca...sumbat dalam mulut!! kunyah ngan penuh rasa tak berdosa...!!! uwahahahaha


---layan Running Man kol 3 pagi time rummate tengah tido lepas tu gelak kuat-kuat sambil hentak-hentak kepala kat laptop


--- tengok wayang sambil bawak nasik lemak ngan rendang guna kuali besar..lepas tu bersedekah kat dalam panggung tu time movie dah start..


--- pergi airport ,pegi kaunter nak beli tiket flight nak pergi melancong ke luar negara..tapi time nak bagi cash..bagi duit 30sen jek...buat muka kesian kat orang kt kaunter tu


--- beli makanan banyak-banyak, simpan tepi katil..tak nak kongsi orang tapi seronok share makan ngan pakcik semut..


--- sumbat tong sampah kat kepala kawan yang tengah tido atas katil..pastu kalau kawan tengok kita ngan muka merah padam...kita jawab camni jek. "ape???"




ok..sila amalkan 3 kali sejam..54345395839 setahun..insyaAllah... makan pelempang dan musnahla hidup anda...
heheeheh.. 


kalau stress???


--makan aiskrim..
--makan coklat..
--makan..ermm..erk??asek makan jek aku nih
--minum la pulak..minum air kosong banyak-banyak..
--doa banyak-banyakk...


:)))))
cari suatu tempat yang boleh tenangkan anda~
SELAMAT exam~


mood : saja jek nak merapu..tengah dating ngan abang STRESS kan skarang..jangan marah~ heee


utk hilangkan stress aku and tambahkan stress korang ngan usaha aku menyumbangkan lagu-lagu febret...aku bertungkus lumus hingga anak tekak kembang nyanyi lagu nih..ahax~
orang busy study aku busy ngan penjualan album..well...maklumlaa....
video nih edit suka-suka je,,video time aku kat korea tahun lepas..mana-mana scene yang tak ada dalam muvie yang group aku buat dulu aku sumbat suma dalam nih..ahax! just for fun!