Ahad, 15 Januari 2012

bila berdating dengan ABANG stress....

assalamualaikum...!!!


2012 sudahhh...weeee..*mood : ala-ala fireworks pusing kat dataran merdeka gitu*
adakah anda sudah ada azam baru?
jika belum taip ON AZAM hantar ke 32124475599 sampai jari korang lenguh..ehek!


tak payah azam2 sangat la...*muka menyampah mintak kok dahik*
heeee....


ok..pembuka tahun baru aku??? dihidangkan dengan EXAM yang sangattt menyeronokkan hati dan segala usus serta organ dalaman yang masih berfungsi dalam badan aku..*over..pok dahik sendiri!*


ya..sangat seronok...hingga membawa aku berjumpa dengan ABANG STRESS...yang sememangnya hensem lagi bergaya~ kalau berjumpa dengan ABANG STRESS terchenta...perkara paling best nak buat apa????






--- tengok kawan sebelah study lepas tu ambik note yang dia tengah baca...sumbat dalam mulut!! kunyah ngan penuh rasa tak berdosa...!!! uwahahahaha


---layan Running Man kol 3 pagi time rummate tengah tido lepas tu gelak kuat-kuat sambil hentak-hentak kepala kat laptop


--- tengok wayang sambil bawak nasik lemak ngan rendang guna kuali besar..lepas tu bersedekah kat dalam panggung tu time movie dah start..


--- pergi airport ,pegi kaunter nak beli tiket flight nak pergi melancong ke luar negara..tapi time nak bagi cash..bagi duit 30sen jek...buat muka kesian kat orang kt kaunter tu


--- beli makanan banyak-banyak, simpan tepi katil..tak nak kongsi orang tapi seronok share makan ngan pakcik semut..


--- sumbat tong sampah kat kepala kawan yang tengah tido atas katil..pastu kalau kawan tengok kita ngan muka merah padam...kita jawab camni jek. "ape???"




ok..sila amalkan 3 kali sejam..54345395839 setahun..insyaAllah... makan pelempang dan musnahla hidup anda...
heheeheh.. 


kalau stress???


--makan aiskrim..
--makan coklat..
--makan..ermm..erk??asek makan jek aku nih
--minum la pulak..minum air kosong banyak-banyak..
--doa banyak-banyakk...


:)))))
cari suatu tempat yang boleh tenangkan anda~
SELAMAT exam~


mood : saja jek nak merapu..tengah dating ngan abang STRESS kan skarang..jangan marah~ heee


utk hilangkan stress aku and tambahkan stress korang ngan usaha aku menyumbangkan lagu-lagu febret...aku bertungkus lumus hingga anak tekak kembang nyanyi lagu nih..ahax~
orang busy study aku busy ngan penjualan album..well...maklumlaa....
video nih edit suka-suka je,,video time aku kat korea tahun lepas..mana-mana scene yang tak ada dalam muvie yang group aku buat dulu aku sumbat suma dalam nih..ahax! just for fun!





Selasa, 6 Disember 2011

ber OMBAK-ombak.... rindu aku kat MiD valley~

assalamualaikum!!!


sihat ke idokkk??hehehe..cakap utara lagi.apakahh? heee


aku dah tengok Ombak rindu..ko hado?
amaigadd..gila riak aku punya statement..!!! 


hee..aku bukan la kaki wayang..bukan juga kaki kerusi  atau kaki kurap..ah sudah! merapu lagi~
tapi..truthly speaking..(amboi..tepleot lidah cakap omputeh!)..aku suka menonton drama-drama MELAYU @ MALAYSIA..made in MALAYSIa~


yaa..silalah kata aku POYO atau SKEMA...ko tak layan karya negara sendiri ko pindah negara la!!
wohh..tetiba ke'patriotisme' dan emosi aku membuak-buak...huhuhu


ya, sebab apa suka menonton drama dan filem tempatan??
--sebab aku suka melihat perkembangan dan keKREATIFAN anak-anak MALAYSIA sendiri dalam menghasilkan karya
--sebab aku suka menilai hasil-hasil yang dorang dah bertungkus lumus buat..
--so, mana yang best tu..aku memang akan kagum tahap JAKUN 5 bulan..yang tak berapa best tu aku still sokong and hope akan lebih maju di masa akan datang!


eh??aku nak cite pasal OMBAK RINDU tadi..melalut pulak i! awww...i memang macam nih..tak boleh berhujah sikit..nuuu ke laut tujunya! eheheeh


dengan bersemangat wajanya..aku dan roomate terCHENTA sedaya upaya bersesak-sesak, berjuang berhabis-habisan hingga ke titisan taik idong terakhir, nak mendapatkan tiket!! amaigaddd!! taik idong??


sanggup tu..tapi actually aku tak la berapa sanggup sangat.. roomate aku ruby n nini tu la sangat bersemangat waja lagi excited tahap langit ke tujuh nak tengok~ huhuhuhu..
teruja lagi JAKUN la kan nak tengok coz kat facebook wall tu punya la ramai komen-komen sal OMBAK RINDU..siap ONG BAK pon hado..siap cakap ingus tak henti meleleh 3 hari kalau tengok cite tu..*ni aku sendiri yang cakap~ huhuhu...


so..ahernya setelah aku jampi-jampi orang-orang yang berbaris depan aku tu supaya tengok movie lain..aku and roomate aku berjaya dapatkan tiket!!! yeaaaa!! kitorang berjaya!!! tapi jam 0950 malam!! yeahh!! hamekkk ko..buat kenduri and berkhemah terus kat MID VALLEY~ huhuhu...masa tu baru kol 3 pm k...nak balik kena naik bus lagi,, teksi bagai...so korbanla masa merayau-rayau ala-ala pakcik guard kat MID tu..huhuhu


hamekkk ko! sekali SIT PALING DEPAN..!! aku rasa cam VVVVIP pon adooo..huhuhuhhu..lantaklah..janji popcorn ada! huhu (apakah kaitan?)


PENDAPAT AKU yang memang suka bagi PENDAPAT :
--aku tak pernah baca buku tu~ and aku rasa jalan cerita tak cukup...aku carik gak part-part yang boleh buat nangis..tapi aku just touching 13 saat jek..pastu taik mata jek kuar..(apakah?!!!!)
-- ada part sedeh2 tu aku dan beberapa makhluk yang mati emosi seketika boleh gelak sebab nampak KELAKAR...ekekekek...
--AKU KAGUM, sebab filem ni sedaya upaya MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA..memang guna BAHASA yang agak BAKU dan berbunga-bunga sampai satu tahap macam lucu tapi sebenarnya sangat cantik!!
--TAPI..aku SANGATTTT kagum kepada ARON AZIZ, MAYA KARIN...sebab sangat-sangat berjaya bawa watak tu!!!!
--LISA SURIHANI? okayy..dia dah try bawak watak jahat untuk pertama kali..tapi seriously,, ko jahat tapi ko still CUTE..!!! CUTE lebih banyak dari jahat!! ahahahah
hamekk ko poster OMBAK RINDU...!!








apa-apapun..aku kagum ngan HASIL KARYA anak tempatan sekarang sebab DAH MAMPU TARIK ANAK TEMPATAN SENDIRI pergi panggung wayang TANPA RAGU-RAGU..!!!!


*aku berhajat nak tengok lagi...sebab apa? tak puas hati dapat sit depan..huhuhu..dan nak kaji balik part-part yang aku tak puas hati tu..(amboi!) jommmm..sapa nak join!! sila roger! *amaigadddd...


heee...
MAJULAH FILEM UNTUK NEGARA..
wahhhh...

Isnin, 5 Disember 2011

nak jadi COOL?~ apa susah! tiru aku~ lalalala~

assalamualaikumm!!
pa habaq suma!! uitt?? apasal tetiba cakap utara nih! awww...


heee...
korang pernah try nak jadi cool tak?
apa itu cool? bukan sejuk pastu ambik selimut membuta 25 jam..bukan juga gula-gula cool mint yang sejuk di mulut, bukan juga kumpulan cool yang femes sekitar 90an dulu..ok! dah dah la merapu! 


ala..COOL...kalo lelaki nampak macho..kalo gegurl macam i..nampak cool la..adoi!!! paham-paham sendiri sudah..kalo tak paham gak.. g terjun bangunan nuh! nyusahkan jek! uik? ayat kejam! mungkin sebab ngah lapar kot time buat entri nih! ehekk..cakoiiii!!!








ok...memang aku try nak jadi cool..hensem dan bergaya.erk?? i gegurl bukan hensem! tapi omeyyy!! ahaxx


cara-cara yang aku cuba utk jadi COOL :
-- pakai baju rock rock + brutal sikit.. tapi 5 hari jek bertahan
-- lawan macam WWF ngan adik-adik aku..
-- makan chewing gum ngan muka riak...
-- buat-buat cool time serangga hinggap kat kepala waktu di khalayak ramai~ tapi!!! dalam hati..x siapa yang tahu!
--tunggu bus sambil nyanyi kuat2 macam aku sorang jek kat situ
--sekeh-sekeh kepala dahi adik aku time dia ngah buat kerja sekolah
--nyanyi kuat dalam bilik time roomate aku ngah tension buat assigment..
-- tengok cermin..pastu cakap kuat-kuat camni "YA ALLAH!!! CUTE gileerrr muka aku!!!"








dan?erkkk..banyakk lagi..hahahaha..
so COOL x aku???
amaigaddd!! sila muntah~


TAPI SEKARANG AKU RASA AKU DAH TAK PERLU JADI COOL..SEBAB AKU PERLU JADI DIRI AKU SENDIRI~ heheheheeh


sebelum tu..nak share la cover terbaru aku..*bajet femes!!
hahaha..aku dedicate lagu ni khas utk my beloved gurlssss!!!
RUBY, YEYEN,LAYNEE, IRA,INA,EBY, WANI dan NINI...


sila ttup telinga~ ahaxxxx

Isnin, 28 November 2011

jangan tau nak ada ANAK jeeee..lalalalalal~

assalamualaikum!!


yeah...pada asalnya nak buat tajuk entri : jangan tau BUAt ANAK je!
ehe..tapi rasanya..kurang agak manis laa..bagi gegurl yang manis lagi ayu macam i nih..amaigaddd!!!
ahawwww!!
so untuk mengukuhkan lagi fakta bahawa aku adalah gegurl yang manis..so buat la tajuk entri yang tak propa lagi kontroversi gitu..i tak suke tau! amaigadddd lagi! cakoii!


ok..
lelaki dan wanita..memang tercipta untuk satu sama lain..
bila adanya lelaki dan wanita..berlakulah proses-proses kehidupan yang seterusnya..dan bla...bla..blaaa...
wujudlah zuriat and baby yang omeyy omeyy angat macam aku..amaigaddd + cakoi!


apa yang PENTING??? kerjaaaaaasama! eh?interprem gak wonderpets nih! shuhhh..shuhhh...!!
ye..kerjasama memang la penting..tapi sebelum membesarkan anak dan menjaga anak sendiri atau jaga anak orang lain...PSIKOLOGI berkaitan anak-anak tu penting!!


yaa di dunia serba canggih dan indah lagi fana tambah cakoi ini,,, PSIKOLOGI KANAK-KANAK itu SANGAT PENTING...!!! anak-anak zaman ipad dan iphone atau yang seangkatan dengannya ini...tidak boleh dididik dengan cara anak-anak zaman 80-90an dulu..yaaa..sangat tidak RELEVAN kalau nak dirotan, di hanger, di tali pinggangkan..(bukan sit belt kereta)..di cakoi kan..dan sebagainya..yaa..sangat tidak relevan..sebab..anak-anak sekarang..ko jentik sikit dah bising 1 dunia..amaigadd!! manja tahapsss cakoi gitu!!


aku bukan la student yang sangat terer bab PSIKOLOGI ni..tapi aku suka memerhatikan tingkah laku dan persekitaran berkaitan manusia..dan melalui pemerhatian, otak aku akan bekerja dan cuba menilai, tapi sebagai manusia biasa,kelemahan pada diri sendiri masih ada!
.....aku sangat setuju sekiranya para pendidik, dan para ibu bapa atau bakal papa mama (amboi!) memahami dulu perkaitan hal psikologi kanak-kanak..kerana dengan adanya psikologi yang mendalam..akan mampu merealisasikan sebuah keluarga yang cemerlang gemilang dan cool gitu!!! yeahh!!


aku juga pernah menjadi pendidik sementara..sebelum bergelar mahasiswi...seriously! aku tak tau langsung perihal berkaitan psikologi kanak-kanak! main bantai jek mengajar...and manja-manja with students..budak-budak kan..yaa..kadang-kadang..aku rasa seronok and kadang..aku rasa stress yang terlampau!!! ilmu berkaitan cara nak kawal student? 0!!! yesss..zeeerooooo!!! kanak-kanak lingkungan 4-10 tahun adalah sangat hyper-active!!!
cara nak mengawal? aku sendiri pun sangat terkapai-kapai masa tu..especially, murid-murid pra-sekolah..usia? lingkungan 4-6 tahun...10 minit pertama,masih terkawal..tapi..selebihnyaa...berpeluh pala lutut aku!!!!


hambekkk ko!! anak-nak otromen suma murid-murid aku!!! aku jugak yang kena jadi raksasa!!








kenapa perlu ada PSIKOLOGI KANAK-KANAK??
--faham bagaimana cara kanak-kanak berfikir..berimaginasi..dan berkembang
--supaya cara pemikiran dan pendidikan orang dewasa terhadap kanak-kanak adalah seimbang...dengan tahap kanak-kanak berfikir...
--perkembangan kanak-kanak adalah bermula daripada persekitaran yang hampir dengannya...jika anda kaki bola..maka minatnya terhadap bola dan apex (keeper malaysia) yang penuh kontroversi turut sama,jika anda suka lempang laptop sebab marah main angry bird! anak akan terpengaruh juga,,,


SEBAB??
kanak-kanak berfikir dan berimaginasi dengan apa yang MEREKA LIHAT dan DENGAR...




bakal baby ku...ahawwww!!



siapa yang mereka lihat?siapa yang mereka dengar??
kita sendiri yang menentukannya~ ^_^






Ahad, 27 November 2011

dimulakan dengan bismillahirrahmanirrahim~

assalamualaikum~
ya, izinkan aku menulis entri yang sedikit serius kali ni..dont worry..sikit jek..tak lebih..tak kurang

aku sensitif dengan isu-isu berkaitan wanita
aku sensitif dengan isu-isu berkaitan keganasan..
aku sensitif dengan isu-isu berkaitan perpecahan...


ya..aku sensitif..bermakna aku takut...


hari ini tanggal 27 november 2011...
aku zahirkan ketakutan yang aku rasa...
ya..cara aku lepaskan ketakutan..menangis!
aku menangis kerana takut!
takut akan keganasan yang ada!
takut akan penganiayaan yang wujud terhadap wanita!
takut pada perpercahan yang membawa kepada azab dunia!


wanita dirogol..dibunuh...di depan keluarga sendiri...
nauzubillah...dizalimi di hadapan suami yang tidak terdaya membantu isterinya..
aku takut! aku sedih! betapa kejamnya dunia! kejamnya manusia!


ya..kita semakin berada di penghujungnya~itu yang pasti......

terima kasih, encik sakimin ahmad..anda telah berjaya mewujudkan rasa ini~

Khamis, 24 November 2011

aku kembali ketagihan! amaigadd

apakah? agak peliks lagi gedix entri tersebut...eheee..
saja jak..

oppsss! assalamualaikum! jawab tau! kalo x jawab kok dahi! eheee...

apa yang aku nak? benda nih dah lama aku tinggal..tapi sekarang..ketagihan tu datang balik..
tolong aku wehhh..aku tak mampu bendung lagi ketagihan nih~
amaigadd!! ngeri kot statement n kerapuan aku di atas!!! sila jgn salah faham~ salah anggap pon jangan..salah nombor takpee~ merapu lagi!!

guys! aku tak ambik dadah ek..aku tak merokok! apatah lagi telan pil! bahkan makan ubat atau pil adalah antara aktiviti yang aku kurang gemar...!! aku bukan ketagih benda-benda tak berpaedahhh nih! not at all! aku gugurl baik jek! amaigaaddd lagi!

aku ketagih nak buat keychainnnn..!!! gossshhh! time busy2 nih la kepala otak yang cute ni suka nak terpesong ke arah lain~ cuba la fokus jek ngn assigmnt! tesis! exam! tiket flight balik srwk! (erkk..tu pon mmg tmasuk!) boifren! erk?mingle lagi..ui..mingle tu..ahaxxx!!!



heee...kalo tak percaya..hamek ko!!! gambor nih...




 







ok..dah banyak gambar..and tau korang bosann sudah..ahax! saja nak show offf!!! weeee...

Khamis, 10 November 2011

KL tak menjerit~

assalamualaikum~
dan salam 1 Malaysia!
aisemennn..mode baca berita la plak! ahawww!

raya korang camna?
aku? hanya musafir di KL with cutie mutiee gugurlsss... cik eira berapi n cik shikin gojes...
kitoranggg sangaatttttt laaaaaaaa...BLUR!! yes BLUR pabila beraya di perantauan! cehhh..bajet overseas! ahaww lagi! nasib baik la ada kawan yang sudi ajak beraya kat rumah~ huhu...boleh gak makan free! opss..makan rendang ketupat, kuah sate..bla.blaaa..sampai besok kenyang! huhu

so, conclusion nyaaa..KL langsung tak menjerit BRUTAL macam salu kalau time cuti! lenganggggggggggg...ibarat angin sepoi-sepoi bahasa gitu!


then yesterday~ aku participate in KOREAN speech COntest di KOrean PLaza kat area jalan P.ramlee..round KL la~ huhu..
dah buat terbaik! dah hafal! dah belakon tahap gedix geli 1 badan...tapi apa boleh buat.tak menang! huhu..dengan kekalahan itu...aku balas dendam! wooopppsss! bukan kat juara ye! kat makanan2 korea yang disediakan! karipap, bihun goreng kat sebelah tak pandang dah!

meleleh air mata tatkala ternampak korean food febret aku! + meleleh air mata sbab kalah! kekekeke!




apa lagiii..aku hameekkk makanan dengan kadar yang agak gelojoh mngikut kehendak emosi yang tidak stabil~ amekk bulgogi, japchae dan kimchi banyak2!!! huhuhu..asal kenyang~ huhu

tapi apa2 pon..thanx to kawan2 yang comel2 aku yang sering bg support~ mmg la kecewa..tapi nak buat macamna~ thnx la coz support aku giler2 punya! tharu!!!! sayanggggg korang (cherry, ina, ira, kieping,yangyang sunbae!) and also to sonsaengnim yang sgt mharapkan aku menang! huhu..sobss..sobbsss...미안합니다 선생님! (cehhh...macam la sonsaengnim nak baca blog aku plak! kekeek)

sebelum berpisah~ uik?? hehehe
ni video cakoi baru aku buat..kalau nak tengok..tengok jek..kalo tak suka...pa boleh buattt..eheheheeh...
cayanggg..... video nih just suka suka and + sronok jek dalam keboringan dan kejakunan menyambut raya haji di Kuala LUmpur~

Selasa, 1 November 2011

nak jadi apa?apa nak jadi?



dimulakan dengan bismillahirrahmanirrahim~

assalamualaikum!! pakk!! pakkk! pokk!! pengg!! *sambil tepok2 lalat n nyamuk~
uii...dah bkulat blog aku~ uhu~ lamo tak singgah no~ ngehegege..maklum la..gadis bekerjaya macam i takda masa ngan benda-benda macam nih~ pangg!! diri sendiri! tolonglah ayat tu!


heheehehe..saja gedix sekejap! cakoi kan?ahaaaw~ (style gelak baru kah?)


cita-cita? kenapa tetiba nak cita sal cita cita..dah tua bangka pon~ ahaaaawww lagi!
jawabannya apaan?(uik..tetiba masuk mood sinetron lak!)
dah blog aku..skati aku la nak cita apa! pangggg!! lagi diri sendiri~ kena sopan la woi! 
jawapan sebenar = saja jek~




cita-cita aku ikut musim :
tahun 1     : ustazah *bangga mak n apak aku tuhhh!!


tahun 2     : masih lagi ustazah...*uii..memang bersih bersinar lagi murni aku time nih


tahun 3     : tetiba tukar jadi cikgu~ *haku pon x hengat napa~


tahun 4     : setiausaha syarikat! tudiaaa...hamekk ko!! pengaruh cita ROS ANITA.. ingat lagi korang?yang fauziah ahmad daud n rashdan baba blakon tu..tv2~ ehhh..skati aku jek~ yang penting mmg  pengaruh drama tu la!

tahun 5     : naik sikit..pengarah syarikat! tudiaaa...tau sedap jek nama terus tulis kat report kad..padahal syarikat pon x tau masa tu tu! hahaha..

tahun 6     : cikgu...balik~ huhu

tingkatan 1    : ustazah lagi~masuk skolah asrama penuh...biasala..budak ingus msuk asrama..baikk tu!

tingkatan 2   : hamek ko nak jadik cam rosma af! tudiaaa! terpesong sudah! AKADEMI FANTASI
PUNYA PASAL! ekekeke

tingkatan 3   : masih dibuai-buai ngan AF..perasan artis! ahahaha

tingkatan 4   : BOMBA!!! wohooo..cita-cita aku paling hebat tu!!! coz aku join kadet bomba siap ngan kem kadet bomba lagi! memang bersemangat waja walaupun lembik!!!
tingkatan 5   : dah tak hengat!!!

tingkatan 6   : pensyarah...piwittt..dah matang la sikit konon! ehek!

kartun by : haku lee..2008

amacam??sama x ngan kartun??eeeheheh








SEKARANG??
ni jawapannya :
--pensyarah, ehh eh..tak tak...bukak bussiness..eh eh..tak pandai kira-kira..nak bukak kedai makan..adik aku lagi terer masak! photographer...bajet nak bli dslr pon ibarat cakoi di tepi jalan jek! keje under um?erk??ntahla...tourist guide ok gak..kat sabah! err?bi aku B jek! nak cakap pon gagap! keje kat company korea..hadoi! cakap korea pon macam kunyah cakoi lagi! err..pengarah filem??err..xda basic..tapi suke angat! cehh!
errr.....errr...aaa..emmmm...hmmm...hooo...pretttt! opss sampai tkentuzzz..ahahahahaaaaw! (sampai tahun depan)


berangan graduate je la dulu~ ahahahaaaw~ besnyaa graduate!



so : aku masih blur nak buat apa??????? korang?

Khamis, 13 Oktober 2011

muka sentap aku cun! ko hado?

assalamualaikum~
jawab eh...*versi sopan~

muka sentap?ada apa dengan muka sentap?xda pa pun..saja aku nak nyemak kat blog aku nih nak wat entri..nak buktikan yang aku tetap sangat comel dan cakoi even wat muka sentap ahahah~
gurau je lah~ayu di situ! aww~


xtau macammana comelnya muka sentap?sila tengok la gambo yang memang comel d bawah~hehehe..sentap korang..*sila jgn minum air semasa view entri nih..tkot tsembur!


remaja gegel zaman skang dah macam2 versi muka punya pose dorang leh buat..kalau zaman aku dulu (ceh..macam hebat!) bgambar paling kurang pon tnjuk gigi pastu tangan kat dagu ke..xda nya peace2 nih..time aku dah tua2 bangka baru aku ber'peace..nak gak bajet comel kan..*walaupun comel xda cakoi jek yang lebih~
gegerl dulu: sekitar tahun 1990..(tipu jek!)
gegerl skrang?tu diaa..kembung2 pipi..amboi..tang mana yang kembong pon aku x tau la..memang comel bai..siyes comel kembong pipi..macam mashimalo makan cakoi gitu. OMMeyyy angat! aww!~ ehek~ dari mana dtgnya?nu haaa..dari asia timur kita nih..so pa salah kta pon nak try gak..dah memang gegerl mlysia nih comel..nak wat camna..
gegerl geli geli alaf baru~ cakoi!


tapi bagi aku yang berjiwa cakoi..muka sentap lagi lawo dari muka kembong?kenapa?tu la muka sebenar...cakoi!!!!!!!!!!
MUKA SENTAP = MUKA TERBAIK LAGI ORIGINAL KITA..setuju?sila setuju!  cakoi! ehek


amacam mantain cun kan wpun sentap?




Rabu, 12 Oktober 2011

hari TUA aku

assalamalaikum~
jawabla! (dok marah aie~ ehee..bgurau naa)

yes! 13 OKTOBER.. adalah hari tua AKU~
makin tua makin berisi~ ya memang gemok~ ehe

bila tua nih aku nak apa?
-hadiah?xda feel pon~
-kena tibai ngan tepung? nak aku tibai ngan cakoi 2 kilo mohle!
-wish kat fb? ohooo..amatlah dihargai~ ehek!

aku jus nak??
--moga aku dipanjangkan umo murah rezeki..dapat bahagiakan mak bapak, n semua keluarga aku~
--moga aku berjaya lam hidop~
--moga aku tetap dalam keadaan beriman idop atau mati~insyaALLAh~ amiin
--moga ALLAH sentiasa sayang dan jaga aku~ aminnnn...



terima KASIH ALLAH~ bagi aku hidup 22 tahun~


terima kasih mak, apak, besarkan aku~


terima kasih familyku~ kerana terima aku seadanya


terima kasih kawan-kawan, besties, roommate, klasmate, soulmate..bab sayang aku~ ehek!


Selamatlah untuk aku yang ke 22 tahun~